Selasa, 21 Mac 2023

Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia adalah semulajadi dalam semua manusia, tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, kebangsaan atau suku kaum, warna kulit, agama, bahasa dan status lain. Bacaan lanjut mengenai hak asasi manusia secara asasnya bolehlah diakses seperti berikut:

 Mohon buat tambahan kepada tajuk ini melalui bacaan lanjut, terima kasih. 

    

Memahami Jenis Pemerintahan

Rencana ini menyenaraikan bentuk pemerintahan dan sistem politik mengikut satu siri pengelasan yang pelbagai. Sistem yang disenaraikan tidak semestinya eksklusif dan selalunya mempunyai definisi yang bertindan antara satu sama lain.

Menurut Prof. Juan Jose Linz, Universiti Yale terdapat sebanyak tiga jenis sistem politik pada hari ini iaitu demokrasi, rejim totalitarian dan di antara kedua-dua ini adalah rejim autoritarian dengan rejim yang hibrid. Sistem pengelasan moden lain turut memasukkan monarki sebagai entiti yang berdiri sendiri atau sebagai sistem yang hibrid dari ketiga-tiga sistem politik yang utama itu.

Cendekiawan umunya lebih suka untuk mengelaskan pemerintahan diktator atau kuku besi di bawah bentuk pemerintahan autoritarianisme atau totalitarianisme. Manakala, ahli falsafah Greek pula mengenalpasti sebanyak lima jenis rejim dalam karya Republic iaitu aristokrasi, timokrasi, oligarki, demokrasi dan tirani.   

Rujukan

Sabtu, 12 Jun 2021

Politik dan Pentadbiran Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan kepada Sistem Westminster kerana Malaysia terhasil dari bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), memimpin kumpulan majoriti dalam Parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baca lanjut di sini.

Ahad, 14 Mac 2021

Kesatuan Eropah (EU)

Idea mengenai kewujudan Kesatuan Eropah (EU) muncul selepas dua peperangan yang besar berlaku di Eropah. Negara Eropah melihat bahawa adalah lebih baik mereka bekerjasama berbanding dengan bercakaran sesama sendiri.

Pada awalnya, hanya enam negara sahaja yang mula bekerjasama sesama sendiri iaitu:

  • Belgium
  • Jerman
  • Perancis
  • Itali
  • Luxembourg
  • Belanda
Tidak lama selepas itu, lebih banyak negara Eropah mula menyertai mereka dan menyebabkan munculnya European Union atau Kesatuan Eropah. Sehingga kini, sebanyak 27 buah negara Eropah menyertai EU dari Austria sehingga Sweden. Pada Jun 2016, United Kingdom mula berura-ura untuk berhenti menjadi sebahagian daripada EU.
Rujukan
  • Overview, European Studies, University of Amsterdam

Ahad, 17 Januari 2021

Politik dan Pembuatan Keputusan

Berikut adalah rujukan-rujukan yang perlu diketahui sebagai latihan untuk menjaga kerajaan negeri sendiri.

Rujukan-Rujukan

Selasa, 17 November 2020

Bentuk-Bentuk Pemerintahan Negara

Rencana ini menyenaraikan bentuk-bentuk pemerintahan negara dan sistem politik mengikut siri pengkategorian yang berbeza-beza. Sistem yang disenaraikan ini tidak semestinya ekslusif dan selalunya juga mempunyai definisi yang bertindan.

Bentuk-bentuk pemerintahan negara ini dibahagikan kepada lima semuanya:

Ahad, 28 Julai 2019

Hak Asasi Manusia


Hak asasi manusia adalah prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang sesuatu negara. Umumnya, hak asasi manusia itu difahami sebagai:
  • Hak yang tidak dapat dipisahkan di mana seseorang manusia itu secara semulajadinya berhak terhadapnya kerana dia adalah seorang manusia. Hak asasi ini secara semulajadinya menjadi hak bagi setiap manusia tanpa mengira bangsa, lokasi, bahasa, agama, bangsa, etnik dan status lain;
  • Hak yang terpakai di merata-rata tempat pada setiap masa dalam erti kata bahawa ia adalah hak yang sejagat. Hak asasi manusia ini bersifat saksama iaitu ia sama bagi setiap manusia. Seseorang itu dianggap sebagai memerlukan empati. Kedaulatan undang-undang memastikan bahawa seseorang itu mematuhi kewajipan menghormati hak asasi manusia yang lain; dan
  • Hak yang tidak boleh dirampas dari seseorang pun kecuali apabila melibatkan beberapa proses berdasarkan kepada keadaan tertentu. Contoh hak asasi manusia yang tergugat adalah seperti seseorang itu dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan, diseksa dan juga dihukum secara tidak adil.
Doktrin hak asasi manusia sangat mempengaruhi undang-undang antarabangsa dan institusi global serta serantau. Tindakan yang diambil oleh negara dan organisasi bukan kerajaan (NGO) membentuk asas kepada dasar awam di seluruh dunia. Buah fikiran hak asasi manusia ini mencadangkan bahawa, "sekiranya perbincangan umum berkenaan masyarakat global di saat aman boleh dikatakan sebagai mempunyai bahasa moral yang sama, maka ia akan dikira sebagai hak asasi manusia." Dakwaan kuat yang terhasil dari doktrin hak asasi manusia ini terus mencabar skepticisme yang munasabah dan menimbulkan perdebatan tentang isi kandungan, ciri serta justifikasi hak asasi manusia sehingga ke hari ini.
 
Makna yang tepat bagi istilah hak asasi manusia ini adalah bersifat kontroversi. Ia tertakluk kepada debat falsafah yang tidak berkesudahan. Walaupun terdapat persetujuan umum bahawa hak asasi manusia ini merangkumi hak yang pelbagai serta meluas seperti hak kepada perbicaraan yang adil, hak kepada perlindungan dari perhambaan, hak terhadap larangan melakukan pembunuhan besar-besaran, hak kebebasan bersuara dan hak kepada pendidikan termasuklah kepada pendidikan seks yang komprehensif namun wujud juga percanggahan pendapat tentang hak yang mana satu daripada hak-hak ini yang sepatutnya dimasukkan dalam kerangka kerja umum hak asasi manusia. Sesetengah pemikir mencadangkan bahawa hak asasi manusia mestilah menjadi keperluan yang minimum bagi mengelakkan kes pelanggaran yang serius manakala pemikir lain pula melihat hal ini sebagai satu standard yang lebih tinggi daripada itu.
Sumber Gambar: Budapest Business Journal (online)